Apa beza Top Flex biasa dengan Top Flex Rebound?

Apa beza Top Flex biasa dengan Top Flex Rebound?

Joma Top Flex dan Top Flex Rebound merupakan dua model kasut futsal yang popular dalam kalangan pemain lebih2 lagi di liga bertaraf dunia seperti liga Spain dan Brazil, tetapi kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang membezakannya dari segi teknologi, rasa, dan prestasi.


1. Tapak (Outsole):

Top Flex menggunakan tapak getah klasik Joma yang fleksibel dan sesuai untuk permukaan dalaman seperti gelanggang kayu atau simen. Ia memberi cengkaman yang baik serta kawalan semula jadi ketika pergerakan pantas.


Manakala Top Flex Rebound hadir dengan teknologi “Rebound” yang menawarkan kusyen tambahan pada bahagian midsole. Ini menjadikan kasut ini lebih sesuai untuk pemain yang mahukan impact minimum pada lutut dan tumit ketika berlari atau sprint.


2. Cushioning (Kusyen):

Top Flex lebih responsif dan ringan kerana reka bentuknya yang minimal. Sebaliknya, Top Flex Rebound lebih empuk dengan tambahan lapisan “Rebound Foam” menjadikan ia pilihan terbaik bagi pemain yang mengutamakan keselesaan dalam tempoh permainan yang panjang.


3. Ball Feel ( Rasa & Sentuhan Bola ) :

Top Flex menawarkan ball feel yang lebih dekat dan semula jadi kerana struktur tapaknya yang nipis dan lembut. Rebound pula sedikit tebal di bahagian tapak, jadi mungkin akan memberi rasa yang sedikit berbeza untuk pemain yang suka sentuhan langsung atau bola di kaki yang lama.


4. Berat Kasut:

Secara umum, Top Flex lebih ringan berbanding Top Flex Rebound. Ini memberi kelebihan kepada pemain yang mengutamakan kelincahan dan check-in check-out yang pantas.


Kebanyakan pemain dari Eropah dan Amerika Selatan kini telah beralih kepada model Top Flex Rebound. Antara sebab utama ialah kusyen tebal yang memberi keselesaan maksimum serta perlindungan pada kaki, terutama ketika permainan intensif. Selain itu, bahagian toecap yang lebih tebal membolehkan pemain melakukan sepak tonjol dengan lebih kuat dan stabil. 


Kesimpulan:

Pilih Top Flex jika anda lebih gemarkan kasut ringan, responsif dan penuh kawalan. Tapi jika anda mahukan keselesaan tambahan dan perlindungan lebih pada kaki, Top Flex Rebound mungkin lebih sesuai untuk anda. Dua-duanya tetap mengekalkan DNA utama Joma: tahan lasak, selesa dan berprestasi tinggi di gelanggang.